BM | EN | 中文

Rancang perjalanan dengan PLUS TTA untuk elak kesesakan, pastikan baki Touch ‘n Go mencukupi

lebuh-raya-tol-touch-n-go.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 DIS: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) hari ini mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA), untuk mengelakkan kesesakan akibat peningkatan jumlah kenderaan semasa cuti hujung minggu yang panjang.

PLUS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam memaklumkan, TTA sempena sambutan Krismas dan Tahun Baru itu menyarankan jadual perjalanan yang sama untuk tempoh 22 Dis hingga 19 Jan 2021.

“Pengguna lebuh raya dari Lembah Klang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Perak Utara dan Johor disarankan memasuki lebuh raya sebelum 9 pagi.

Advertisement

“Bagi mereka yang melakukan perjalanan ke Pantai Timur serta Melaka dan Negeri Sembilan untuk memasuki lebuh raya selepas 12 tengah hari.

“Ketika kembali ke Lembah Klang, PLUS TTA menyarankan kepada semua pengguna supaya memasuki lebuh raya pada 9 pagi,” menurut kenyataan itu.

PLUS juga menasihatkan para pelanggannya supaya memastikan mereka mempunyai baki yang mencukupi dalam kad Touch’n Go mereka.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top