BM | EN | 中文

“Rancang pendidikan anak-anak demi masa depan lebih baik” – MB Johor

datuk-dr-sahruddin-jamal.jpg
Advertisement

MUAR, 29 DIS: Pendidikan dan perancangan pendidikan anak-anak adalah kunci kepada peningkatan taraf hidup keluarga, kata Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Menurutnya, melalui perancangan yang baik dengan meletakkan keutamaan kepada kepentingan sektor pendidikan dalam keluarga ia secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

“Pendidikan merupakan instrumen yang amat penting dalam memacu hala tuju kehidupan anak-anak kita kerana ia akan dapat membuka peluang yang cerah bagi mendapatkan pekerjaan seterusnya menjamin kehidupan yang lebih baik.

Advertisement

“Saya juga sempat berpesan kepada para ibu bapa agar bijak menyusun atur dan merancang masa depan anak-anak.

“Perancangan yang baik terhadap setiap kegiatan anak masing-masing akan dapat mendorong mereka untuk mencapai setiap cita-cita yang diimpikan. Insya Allah,” kata Dr Sahruddin.

Beliau berkata demikian pada program Back To School dan Penyampaian Bantuan Banjir Bagi DUN Bukit Kepong dan Bukit Pasir di SMK Bukit Pasir, semalam.

Advertisement

Tambah Dr Sahruddin, kerajaan negeri sedar persiapan para ibu bapa untuk anak-anak memulakan musim persekolahan memerlukan perbelanjaan yang besar.

“Bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi terutama keluarga yang memerlukan ini, kerajaan negeri dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri dan syarikat korporat telah tampil menyedia dan menghulurkan sumbangan bantuan berupa set keperluan persekolahan.

Kerajaan negeri baru-baru ini memperuntukkan sebanyak RM400,000 untuk membantu seramai 1,272 pelajar yang terjejas akibat banjir di seluruh negeri ini menerusi Program Jom Kembali Ke Sekolah Mangsa Bencana Banjir.

Advertisement

Beliau turut menyeru kepada semua pihak untuk memperbanyakkan pelaksanaan program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Melalui bantuan persekolahan para pelajar dapat menyediakan keperluan mereka sekaligus meringankan beban kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top