BM | EN | 中文

Ramaikan ahli, banyakkan cawangan AMANAH di Johor – Aminolhuda

aminolhuda-hassan-amanah-johor-2021.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 NOV: Pengerusi Parti AMANAH Negara negeri Johor, Aminolhuda Hassan menyeru anggota parti itu untuk berusaha meramaikan ahli dan memperbanyakkan cawangannya di negeri ini.

Aminolhuda dalam ucapan sempena Konvensyen AMANAH Johor 2021 berkata, strategi itu merupakan tanggungjawab setiap ketua AMANAH kawasan dan setiausaha kawasan di negeri ini.

“Sebab itu tanggungjawab kita, ketua kawasan… tanggungjawab tuan-tuan dan puan-puan dan setiausaha kawasan. Pimpinan di peringkat kawasan. Ramaikan ahli, banyakkan cawangan.

Advertisement

“Kalau kita nak menang dalam pilihan raya, kita tak bergantung kepada orang lain,” kata Aminolhuda dalam ucapannya semalam.

Beliau turut merujuk kepada parti Umno yang suatu ketika dahulu begitu kuat di Johor lantaran kewujudan banyak cawangan parti itu di serata negeri.

“Dalam bidang ini, UMNO bangga. Dia kata dia kukuh. Tapi cuba kita ingat. Dulu selalu kita sebut Johor ni kubu UMNO,” katanya mengingatkan kekuatan AMANAH bergantung kepada ketekunan ahli di peringkat akar umbi terutamanya di peringkat cawangan untuk menggerakkan pari.

Advertisement

“Kita dah buktikan (kekuatan) dalam pilihanraya umum ke-14. Insya-Allah kita boleh ulang balik,” kata Aminolhuda lagi.

Dalam pada itu, beliau turut memuji sayap Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) yang kerap turun padang dan menyantuni ahli parti.

“Insya-Allah kita akan buat gerak kerja yang terbaik dan menjaga kebajikan ahli ini.

Advertisement

“Saya yakin dan percaya AWN yang telah banyak buat program-program menyantuni ahli,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama beliau mengingatkan ahli agar berjimat cermat dalam perbelanjaan program dan saling membantu sesama ahli di antara kawasan-kawasan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top