BM | EN | 中文

Ramai MP Umno dan BN nyatakan ‘sokongan’ – Zahid

zahid-hamidi.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau dimaklumkan ramai ahli-ahli parlimen Umno dan BN yang telah menyatakan sokongan kepada pembentukan kerajaan baru.

Kata Zahid, Umno dan BN bukannya parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan sokongan kepada kerajaan buat masa ini merupakan sokongan dari ahli-ahli parlimen sahaja.

“Saya dimaklumkan ramai ahli-ahli parlimen Umno dan BN yang telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian Ahli-Ahli Parlimen berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Advertisement

Pengerusi BN itu berkata, Umno dan gabungan itu tidak dapat menghalang mana-mana ahli-ahli parlimen yang mengambil keputusan untuk
menyokong Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk mengadap Yang DiPertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim petang ini mengumumkan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Ahli parlimen Port Dickson itu membuat pengumuman di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

Advertisement

Menjawab soalan wartawan Anwar berkata, beliau berkata majoriti yang diperolehi adalah konklusif dan bukannya majoriti tipis.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top