BM | EN | 中文

“Ramai kanak-kanak datang solatkan jenazah Muiz”

banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 DIS: “Malam tadi penuh rumah kami dengan kanak-kanak datang untuk solatkan jenazahnya”

Demikian kata Nur Hayati Ahmad, 56, ibu kepada Mohd Muizzuddin Mohd Nasir, 18, mangsa lemas ketika memancing di sebatang sungai dekat Kampung Sungai Telur, Kota Tinggi, kelmarin.

Walaupun sedih mengenangkan pemergian anak bongsu beliau, Hayati tabah dan redha mengenangkan perangai arwah yang baik hati dan penyayang.

Advertisement

“Muiz (Muizzuddin) ni seorang lurus dan istimewa kerana hatinya bersih dan lurus walaupun dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU),

“Walaupun umurnya sudah 18, namun naluri dan perangainya dekat dengan kanak-kanak. Jujur, lurus dan tak dengar kata,

“Sebab naluri begini kanak-kanak kampung semua rapat dan mesra dengan arwah,” kata Hayati.

Advertisement

Tambahnya lagi, hatinya bertambah sedih mengenangkan selepas ini dia tidak berpeluang menghantar anaknya ke Kelas Pendidikan Khas di Taman Sri Saujana setiap pagi.

Bagi ayah mangsa, Mohd Nasir Abd Hamid, 57, arwah seorang yang periang, kuat mengusik sekaligus sensitif.

“Arwah sangat tak suka bila orang kasar-kasar” katanya kepada wartawan ketika ditemui di rumahnya dekat Kampung Sungai Telur petang semalam.

Advertisement

“Walaupun orang cari pasal, ajak gaduh atau buli dia, dia hanya hindarkan tanpa berdendam apa-apa,

“Sebab itu ramai kanak-kanak di sini baik dengan arwah yang sensitif dan lembut dengan mereka,” tambah Mohd Nasir.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila mangsa dikatakan bersama tiga rakannya ke sungai berkenaan untuk memancing, namun mangsa telah tergelincir dan jatuh ke dalam sungai tersebut kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

Advertisement

Pada jam 3.05 petang hari yang sama, mangsa ditemui pasukan penyelamat di air (PPDA) di dasar sungai pada jarak 50 meter dari tempat pertama mangsa dipercayai jatuh.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top