BM | EN | 中文

“Ramai Exco tak berfungsi, MMK Johor perlu dikecilkan”

Asim-Abdullah.jpg
Advertisement

LEDANG, 21 JUN: Kerajaan Johor dicadang agar Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang melibatkan seramai sepuluh orang Exco dan seorang Menteri Besar (MB) dikecilkan saiznya kerana dilihat tidak berfungsi.

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Asim Abdullah turut mencadangkan agar elaun dan gaji Exco yang tidak berkerja itu diserahkan kepada tabung bencana Covid-19.

Ujarnya, pentadbiran Johor hari ini terlalu lemah dan hanya Menteri Besar serta Exco Kesihatan sahaja yang dilihat berfungsi.

Advertisement

“Kalau tengok MB pun agak lemah, apatah lagi Exco yang lain yang boleh dikatakan seperti tidak wujud dan hanya mengeluarkan kenyataan setiap hari tanpa tindakan.

“Apa yang didahagakan oleh rakyat di negeri ini adalah tindakan.

“Kemampuan ekonomi rakyat perlu dibela dan diperjuangkan. Selain itu tahap kesihatan, pendaftaran vaksin dan pengawalan jangkitan Covid-19 juga perlu diperhatikan.

Advertisement

“Belum lagi soal keluarga dan wanita yang langsung seperti tiada Exco yang memantau.

“Jadi buat sementara lebih baik jadi Adun biasa dan kosongkan jawatan Exco.

“Peruntukan, elaun serta gaji Exco tersebut masukkan ke dalam Tabung Bencana Covid 19 negeri atau pun salur pada orang kurang berkemampuan,” ujarnya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau turut mempersoalkan isu kelemahan kempen vaksin kepada orang ramai yang sepatutnya dilakukan Exco Penerangan.

Katanya, Exco yang diberikan portfolio berkenaan lebih sibuk menggantung kain rentang peribadinya berbanding kempen vaksin.

“Tengok Exco Penerangan. Beliau lebih berminat dan sibuk menggantung ‘banner’ peribadi beliau seperti ucapan hari-hari tertentu dari meletakkan ‘banner’ kempen vaksin.

Advertisement

“Adakah ini yang rakyat mahu? Atau memang mereka saja buat tak tahu kerana selesa dengan keadaan sekarang ini?,” ujarnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top