BM | EN | 中文

Rakyat sambut baik penurunan harga petrol, diesel

IMG-20200207-WA0043.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 FEB: Penurunan harga petrol RON95, RON97 dan diesel yang berkuatkuasa malam tadi mengundang maklum balas positif daripada orang ramai.

Peniaga runcit, Dzulkifli Zakaria, 54, berkata, dia melihat penurunan harga petrol bagaikan oksigen bagi peniaga runcit yang sesak akibat ekonomi semasa.

Dzulkifli Zakaria

“Dengan penurunan harga petrol, kos pengangkutan dapat diturunkan sekaligus saya berharap harga barangan runcit juga dapat diturunkan.

Advertisement

“Pastinya penurunan harga ini dapat mengurangkan kos sara hidup, lebih-lebih lagi bagi mereka mereka yang menggunakan kenderaan hari-hari,” katanya.

Guru Al-Quran, Zubaidah Mohamed pula berpendapat penurunan harga petrol memberi kesan pada kos sara hidup hariannya.

“Setiap hari saya menggunakan kereta atas urusan harian dan kerja.

Advertisement

Zubaidah QQ

“Walaupun kadar penurunan hanya 4 sen seliter bagi RON95, namun jumlah penjimatannya agak besar memandangkan kekerapan saya menggunakan kereta.

Sementara itu, bagi operator kilang, Munir Hisyam, 24, pula memberitahu, dia juga melihat harga baru petrol sebagai langkah baik yang dilaksanakan kerajaan.

“Penurunan ini bukan saja mengurangkan beban kos sara hidup yang mendesak, namun membolehkan golongan pekerja seperti kami menggunakan RON97 untuk pembakaran enjin yang sempurna.

Advertisement

Sebelum ini, harga RON95, RON97 dan diesel masing-masing RM2.08, RM2.41 dan RM2.18 seliter telah turun kepada RM2.04 seliter, RM2.37 seliter dn RM2.08 seliter.

Harga baru menunjukkan penurunan harga RON95 dan RON97 sebanyak 4 sen seliter dan 7 sen seliter manakala harga diesel turun sebanyak 10 sen seliter.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top