BM | EN | 中文

Rakyat perlu vaksin dan bantuan kewangan – Guan Eng

Lim-Guan-Eng-2.jpg

Gambar Ehsan The Edge Market

Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 MEI: Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, apa yang diperlukan rakyat ketika ini adalah vaksin dan bantuan kewangan.

Katanya, perlu ada “reset” dalam pentadbiran kerajaan dan penyampaian perkhidmatan untuk memastikan penghantaran awal bekalan vaksin dan bantuan kewangan yang sampai kepada rakyat.

“Sebanyak RM627 bilion telah dibelanjakan sejak tahun lalu untuk memerangi COVID-19 dan mengeluarkan ekonomi dari kemelesetan, yang sama sekali tidak berkesan dan gagal sepenuhnya.

Advertisement

“Rakyat Malaysia bertanya mengapa mereka tidak dapat merasakan manfaat RM627 bilion atau hampir RM21,000 untuk setiap 30 juta warganegara Malaysia,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan semalam.

Ujarnya lagi, lebih buruk kini lagi apabila penghantaran salah satu bahagian utama bekalan vaksin ditangguhkan dari bulan Jun kepada Julai.
“”Reset” ini adalah peluang bagi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menunjukkan kepemimpinan, mengambil tanggungjawab untuk salah urus krisis kesihatan awam, memberikan arah tuju kepada negara dan berhenti menyerahkan tugas kepada Menteri-Menteri,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng berkata, pendekatan keseluruhan masyarakat untuk memerangi COVID-19 memerlukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memimpin melalui teladan.

Advertisement

Tambah Guan Eng, dengan pendekatan keseluruhan kerajaan, ia dijangka dapat mengembalikan keyakinan rakyat melalui pembukaan semula Parlimen.

“Di samping itu, mengapa Muhyiddin tidak mengumumkan sebarang langkah kewangan untuk menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan untuk PKP 3.0 yang menyebabkan kerugian RM400 juta sehari? soalnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top