BM | EN | 中文

Rakyat mula persoal darurat diumum Muhyiddin

Asim-Abdullah.jpg
Advertisement

LEDANG, 25 APR: Darurat diisytihar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 Januari lalu mula dipersoalkan rata-rata rakyat di negara ini.

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Asim Abdullah berkata alasan kerajaan bagi menguatkuasakan proklamasi berkenaan dianggap gagal.

Asim berkata, alasan kerajaan sebelum ini bagi mengisytiharkan darurat adalah untuk mengekang jangkitan Covid 19 tetapi apa yang berlaku hari ini dilihat tidak berjaya.

Advertisement

“Kuasa legislatif sepatutnya dibendung oleh kerajaan sewaktu PRN (Pilihanraya Negeri) Sabah, bukan hari ini.

“Lihat kesannya hari ini. Tidak mendatangkan khabar baik pun dari segi angka jangkutan setiap hari.

“Angka semakin naik. Alasan kerajaan mengurangkan kes harian Covid-19 gagal sama sekali,” ujarnya.

Advertisement

Tambah beliau, tujuan darurat demi menyelamatkan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Selain itu proklamasi itu memberi ruang kepada tindakan Muhyiddin tanpa perlu membentangkannya terlebih dahulu melalui dewan rakyat.

“Cuba lihat penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin hari ini. Sikap ‘double standard’ oleh kerajaan, ia susah ditegur kerana tidak ada semak dan imbang.

Advertisement

“Apa baiknya kepada rakyat sekiranya darurat terus dikuatkuasa sehingga Ogos?

“Jelas menunjukkan kerajaan hanya memerlukan masa, ruang dan peluang demi mnegukuhkan kedudukan, menyelamatkan diri dari dicabar lawam dan kawan serta hilang sokongan ahli parlimen,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top