BM | EN | 中文

Rakyat merungut pejabat daerah lemah salur bantuan

dzulkefly-ahmad.png
Advertisement

“Ada ketua kampung yang menghantar sebanyak 1,300 nama tapi cuma diluluskan hanyalah sekitar 500 nama sahaja untuk menerima bantuan,” itulah luahan Adun Kota Iskandar, Sr Dzulkefly Ahmad berkenaan dengan rungutan rakyat terhadap kelemahan di pejabat daerah.

Mengulas lanjut perkara itu, beliau berkata dari segi proses penyampaian bantuan oleh pejabat daerah kepada kumpulan sasaran yang terjejas adalah sangat mendukacitakan.

Katanya, antara faktor lain kelemahan yang berlaku di pejabat daerah adalah kumpulan sasaran penerima bantuan hanya menerima agihan itu pada hari ke-12 perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

“Ianya jumlah yang lebih kecil daripada jumlah yang perlu mendapat bantuan di hari ke-12 tersebut. Terdapat juga aduan yang menyatakan penghulu sukar dihubungi oleh rakyat bagi mendapatkan bantuan dengan alasan permohonan sedia ada sudah cukup banyak untuk diuruskan.

“Jika alasan kelemahan sistem penyampaian pejabat daerah ini adalah disebabkan oleh kelemahan jentera pejabat daerah yang turut dibantu oleh JPAM, JKM dan RELA, maka kelemahan itu perlu dipertingkatkan.

“Perkara itu harus segera dipertingkatkan dan sebarang proses birokrasi yang tidak perlu serta melambatkan proses penyampaian bantuan perlu segera dikenal pasti untuk dipermudahkan,” tegasnya dalam satu kenyataan media.

Advertisement

Untuk makluman kerajaan negeri Johor telah menyelaraskan bantuan kepada orang ramai yang terkesan dengan perlaksaan PKP adalah melalui pegawai daerah dan pejabat daerah yang dilantik selaku jawatankuasa bencana bagi mengelakan pertindihan bantuan disamping mematuhi SOP PKP.

Tambah Dzulkefly yang juga merupakan mantan Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia berkata, beliau difahamkan bantuan daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), JKM, Yayasan Penyayang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Ngo diselaraskan melalui pejabat daerah.

“Jika alasan kelemahan sistem ini adalah disebabkan oleh peruntukkan kewangan yang tidak mencukupi seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar (MB) Johor pada 25 Mac 2020 yang lalu iaitu sebanyak RM 600,000 hingga RM 1.2 juta ianya perlu disemak semula.

Advertisement

“Sebelum ini, saya telah mencadangkan supaya kerajaan Johor dalam masa kecemasan ini boleh menggunakan rizab tunai kerajaan berjumlah RM 3.068 billion atau Tabung Amanah Warisan Negeri Johor (TAWNJ) berjumlah RM 680.37 juta bagi usaha menambahkan bantuan untuk rakyat.

“Saya mengharapkan kerajaan Johor segera mengambil tindakan bagi memastikan kelemahan sistem ini demi kepentingan rakyat Johor atau kumpulan sasaran yang terjejas sumber pendapatan serta terputus bekalan makanan dapat disantuni secepat mungkin,” katanya lagi.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top