BM | EN | 中文

Rakyat Melaka diseru turun mengundi 20 Nov ini

pc-PH-Melaka-PRN.jpg
Advertisement

MELAKA, 8 NOV: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menyeru agar rakyat Melaka menunaikan tanggungjawab mereka dan mengundi pada pilihan raya negeri ke-15 pada 20 November ini.

Katanya, persaingan tiga, empat dan lima penjuru di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah lumrah demokrasi dan para pengundi dinasihatkan untuk membuat pilihan terbaik bagi masa depan negeri Melaka.

“Kali ini ada tiga, empat dan lima penjuru (persaingan). Kita sedar bahawa amalan demokrasi tidak menghalang individu atau parti politik untuk bersama (bersaing).

Advertisement

“Kita mengharapkan agar rakyat negeri Melaka keluar mengundi beramai-ramai pada 20 November 2021 ini dan membuat pilihan terbaik untuk masa hadapan pembangunan negeri Melaka,” katanya pada sidang media di ibu pejabat AMANAH Melaka hari ini.

Tambah bekas ketua menteri itu lagi, fokus PH adalah untuk memberikan keyaikinan kepada rakyat melalui tawaran-tawaran yang akan dikemukakan.

“Saya yakin PH akan menjadi pilihan terbaik dalam PRN Melaka kali ini,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top