BM | EN | 中文

Rakyat Malaysia pulang dari Singapura telah menjalani pemeriksaan saringan kesihatan

Hasni_Mohammad.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 APRIL: Setiap rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan memasuki kembali negara ini telah menjalani pemeriksaan saringan suhu badan.

Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, sekiranya ada individu yang bergejala akan terus diasingkan dan dirujuk ke hospital.

Katanya, sejak 3 April hingga 7 April lalu, secara purata dianggarkan seramai 1,000 warga Malaysia pulang dari Singapura setiap hari.

Advertisement

“Mereka yang telah menjalani ujian di republik itu dan
didapati negatif Covid-19 dibenarkan pulang ke rumah untuk melakukan kuarantin sendiri selama 14 hari.

“Manakala yang tidak mempunyai bukti ujian negatif akan ditempatkan di pusat kuarantin yang disediakan di negeri ini, seperti rakyat Malaysia lain yang kembali dari luar
negara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian berhubung dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kerajaan negeri tidak mengasingkan rakyat Malaysia yang pulang dari Singapura.

Advertisement

Sementara itu, ADUN Benut itu turut menyeru semua pemimpin masyarakat termasuklah daripada parti pembangkang untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam memastikan semua pihak mendapat bantuan diperlukan.

“Kerajaan negeri sentiasa menambah baik sistem penyampaian supaya semua bentuk bantuan kepada rakyat dapat diselaras dengan baik.

“Dalam situasi ini (Covid-19), kita harus ketepikan fahaman politik. Mereka yang memikul ananah mengagihkan bantuan perlu melaksanakan tugas ini dengan baik demi kesejahteraan rakyat,” tambahnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top