BM | EN | 中文

Rakyat Malaysia pulang dari Singapura diminta kuarantin diri

Vidyananthan-Ramanadhan-Kahang.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 APRIL: Ribuan rakyat negara ini yang bekerja di Singapura dan baharu pulang ke tanah air digesa untuk melakukan kuarantin di kediaman masing-masing.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, pihaknya telah menyediakan beberapa garis panduan untuk diikuti mereka.

Antara garis panduan tersebut termasuklah mereka dilarang untuk keluar dari kediaman masing-masing kecuali atas urusan penting.

Advertisement

“Kerap mencuci tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer, gunakan penutup mulut dan hidung serta amalkan penjarakkan sosial jika ingin berinteraksi dengan keluarga.

“Mereka juga diminta untuk memaklumkan kepada petugas kesihatan sekiranya mempunyai sebarang gejala seperti batuk, demam dan selsema,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, ribuan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura kembali ke negara ini ekoran tindakan kerajaan Singapura melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di negara tersebut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top