BM | EN | 中文

Rakyat Malaysia di Singapura yang mahu pulang perlu dapatkan permit masuk

UKK-BSI-tambak-johor.jpg

Gambar Ehsan UKK-BSI

Advertisement

SINGAPURA, 25 APR: Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk pulang ke tanahair dari Singapura melalui jalan darat perlu mendapatkan Permit Masuk daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini, bermula 27 April.

Menurut notis umum di laman Facebook, pemohon perlu menghantar butiran berikut – nama, nombor kad pengenalan dan pasport, tarikh berlepas – ke alamat e-mel stmsg@mhc.org.sg, sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh berlepas, lapor Bernama.

Satu salinan pas – Penduduk Tetap Singapura, Pas Jangka Panjang, Permit Kerja, Pelajar dan lawatan sosial – perlu dilampirkan bersama.

Advertisement

Setelah diluluskan, Suruhanjaya Tinggi akan membalas e-mel mereka yang mengandungi nombor rujukan unik.

Mereka kemudiannya perlu mencetak atau mengambil tangkapan skrin telefon bimbit e-mail tersebut dan diserahkan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Malaysia di Johor Bahru.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top