BM | EN | 中文

Rakyat Malaysia di Singapura perlu perbaharui pasport sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh luput

pasport-malaysia.jpg
Advertisement

SINGAPURA, 9 SEPT: Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura menasihati rakyat Malaysia di republik itu untuk memohon/memperbaharui pasport mereka sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh luput.

Suruhanjaya Tinggi itu pihaknya mengalami peningkatan drastik permohonan/pembaharuan pasport berikutan pelaksanaan langkah-langkah kawalan sempadan oleh Malaysia dan Singapura sejak April 2020.

Dalam kemas kini di Facebook Suruhanjaya Tinggi itu Isnin lalu menyatakan, sejumlah 60,387 pasport dikeluarkan pada 2020 berbanding 24,000 pasport pada 2019, meningkat 151 peratus.

Advertisement

Sementara itu, sejak Januari 2021, sejumlah 69,993 pasport telah dikeluarkan setakat ini.

Tempoh pemprosesan permohonan/pembaharuan pasport di Suruhanjaya Tinggi adalah lapan minggu, “dengan syarat semua dokumen sokongan yang diserahkan lengkap”.

Rakyat Malaysia diingatkan bahawa permohonan/pembaharuan pasport dan pengambilan di Suruhanjaya Tinggi “hanya menerusi janji temu sahaja” selaras dengan Iangkah-langkah kesihatan yang ditetapkan Singapura.

Advertisement

Pasport perlu segera diambil sebaik mendapat pemberitahuan dari Suruhanjaya Tinggi.

Pihak Suruhanjaya Tinggi juga telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengendalikan peningkatan drastik permohonan/pembaharuan dan pengambilan pasport.

Rakyat Malaysia diingatkan bahawa permohonan/pembaharuan pasport dan pengambilan di Suruhanjaya Tinggi “hanya menerusi janji temu sahaja” selaras dengan langkah-langkah kesihatan yang ditetapkan Singapura.

Advertisement

Pasport perlu segera diambil sebaik mendapat pemberitahuan dari Suruhanjaya Tinggi.

Pihak Suruhanjaya Tinggi juga telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengendalikan peningkatan drastik permohonan/pembaharuan dan pengambilan pasport.

Antaranya, waktu perkhidmatan kaunter dilanjutkan sehingga 7 malam sejak Julai 2020; pencetakan pasport di Pejabat Imigresen di Johor sejak September 2020; dan pelaksanaan sistem e-janji temu dan sistem ‘dropbox’ sejak Februari 2021.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top