BM | EN | 中文

RAKYAT MALAYSIA BEKERJA DI SINGAPURA DIGALAK CARUM PERKESO

adun-stulang.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 OKT: Masih ramai yang tidak tahu skim dan manfaat yang ditawarkan oleh PERKESO, terutamanya warga Malaysia yang pernah bekerja di Malaysia tetapi bekerja di Singapura sekarang.

Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng berkata, PERKESO merupakan sebuah agensi kerajaan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan skim dan faedah kepada pekerja-pekerja.

“Orang yang bekerja di Singapura tetapi pernah bekerja di Malaysia dengan caruman yang cukup dibuat, sekirannya mereka menghidap penyakit dan dikenal pasti penyakit dihidap semasa mereka bekerja di Malaysia, mereka boleh memohon bantuan PERKESO,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian selepas lawatan ke pejabat PERKESO Negeri Johor, baru-baru ini.

Turut hadir Jamaluddin Mohammad, Timbalan Pengarah PERKESO Johor dan Abdul Razak Omar, Timbalan Pengarah Penguatkuasaan PERKESO Johor.

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top