BM | EN | 中文

“RAKYAT MAHU KEADAAN LEBIH BAIK BERBANDING DULU”

IMG-20191101-WA0002.jpg
Advertisement

PONTIAN, 1 NOV: Kerajaan mengakui betapa pentingnya usaha memakmur dan mensejahterakan rakyat walaupun terpaksa berdepan cabaran yang sukar.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, adalah misi kerajaan negeri untuk memacu Johor menjadi negeri berprestasi tinggi.

“Kepimpinan telah diberikan mandat oleh rakyat untuk menerajui negara dan negeri selepas melalui proses demokrasi pada tahun lalu, sekaligus mengambil alih kerajaan daripada pemerintah terdahulu.

Advertisement

“Kerajaan sedar inilah tanggungjawab yang telah diberikan daripada rakyat untuk melihat negeri dan negara kembali pulih seterusnya menjadi lebih baik berbanding pentadbiran sebelum ini.

“Malah, kerajaan pada hari ini sedar bahawa wujudnya harapan yang amat tinggi daripada rakyat yang mahu melihat keadaan yang jauh lebih baik dan selesa bernbanding suasana terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bin Chong, Pontian, semalam.

Advertisement

Turut hadir; Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Speaker Dewan Negeri Johor, Suhaizan Kaiat, pemimpin masyarakat.

Dalam pada itu, Dr Sahruddin turut mengimbas semula jasa-jasa bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai, Allahyarham Md Farid Rafik yang disifatkannya sebagai cemerlang dalam melaksanakan tugas.

“Allahyarham telah membawa pembangunan ke Tanjung Piai selain menyusun atur dengan baik projek mahupun intervensi yang akhirnya bertujuan mempertingkatkan sosio ekonomi setempat.

Advertisement

“Perjuangan Allahyarham harus diteruskan. Adalah menjadi harapan agar calon kita dipilih oleh rakyat Tanjung Piai dalam memastikan parlimen ini terus mendapat limpahan manfaat pembangunan yang direncanakan.

“Saya menyeru kepada semua rakyat Johor khususnya di Tanjung Piai berdiri teguh bersama kepimpinan kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top