BM | EN | 中文

Rakyat kecam kerajaan ‘utamakan’ tauke besar

Zainuzabha-Baharom.jpg
Advertisement

PONTIAN, 23 MEI: Pelbagai respon diterima susulan pengumuman kerajaan mengetatkan prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan PKP 3.0.

Antara yang tular adalah komen mendakwa kerajaan lebih ‘menjaga’ tauke besar kerana keputusan kerajaan yang tidak menutup sektor industri tersebut.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Zainuzabha Baharom berkata maklum balas dari rakyat itu akibat kepincangan syarat PKP.

Advertisement

Keputusan tersebut ujarnya, tidak menyebelahi golongan bahawan seperti peniaga kecil yang terpaksa bersaing dengan waktu yang ditetapkan.

“Bagaimana sektor ekonomi yang besar boleh beroperasi sedangkan sektor tersebut seperti industri adalah penyumbang utama penularan di negara ini.

“Sebelum ini kerajaan memaklumkan PKP 3.0 ini akan dibuat secara bersasar tetapi apa yang kita lihat penyumbang utama penularan tidak dibendung.

Advertisement

“Dari itu keluhan rata-rata rakyat menafsirkan tindakan kerajaan ini pincang dan menjadi kecaman akibat perlaksanaan yang diumumkan,” ujarnya ketika dihubungi.

Semalam Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri berkata, perkara tersebut menjadi pertimbangan kerajaan sebelum memutuskan untuk tidak melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) secara penuh kali ini.

Ismail berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita mengenai sebab Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak memutuskan untuk melaksanakan PKP penuh.

Advertisement

Kerajaan berkata, negara menanggung kerugian RM2.4 bilion sehari sepanjang PKP 1 berlangsung namun dilihat berjaya melandaikan lengkuk kes Covid-19 dan menurunkan angka jangkitan.

Namun PKP kali ini adalah lebih longgar berbanding PKP pertama ketika semua aktiviti ditangguhkan kecuali untuk perkhidmatan penting.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top