BM | EN | 中文

Rakyat Johor persoal kenapa bil air melambung tinggi

saj-bil-tinggi.png

Tangkap layar rungutan rakyat Johor tentang kenaikan bil air yang diluahkan di laman-laman Facebook tempatan di negeri ini

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 MEI: Bil air di Johor yang melambung mendapat perhatian rata-rata warganet dan pengguna dan diluahkan di pelbagai laman kumpulan Facebook di negeri ini.

Justeru itu, Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Tebrau, Mohd Abrary Ramly berkata Menteri Besar (MB) Johor Dato Ir Hasni Mohamed perlu mengambil langkah segera dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Mohd Abrary Ramly

“Kerajaan perlu segera menyemak aduan rakyat di laman sosial yang mendakwa terpaksa membayar harga air yang tinggi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, MB Johor seolah-olah tidak cakna dalam menyelesaikan masalah ini serta membiarkan ia tergantung tanpa ada sebarang tindakan.

“Apa yang diharapkan agar semakan ini selesai tanpa ada sebarang kompromi yang memenangkan pihak tertentu serta membelakangkan rakyat,” kata Mohd Abrary ketika dihubungi.

Beliau berkata rakyat Johor merungut dan mempertikaikan harga air tersebut selain meluahkan perasaan berkenaan kepimpinan MB Johor.

Advertisement

Sehingga hari ini kiriman berkenaan rungutan itu masih boleh dibaca di laman kumpulan Facebook Johor antaranya ‘Peon Johor’, ‘Saya Orang Johor’, ‘KAMI ANAK ENDAU JOHOR’ selain di laman rasmi SAJ Ranhill, ‘Ranhillsaj Setitis YANG Bermakna’.

Rata-rata warganet mempamerkan bil air mereka di ruangan komen dengan menyatakan terdapat kenaikan tiga kali ganda daripada kebiasaan harga yang mereka bayar sebelum ini.

Antara komen ialah dakwaan bahawa rumah yang mereka tinggalkan disebabkan PKP selama dua bulan didapati harga bil air yang tinggi serta tidak munasabah, sedangkan tidak berlaku kebocoran paip.

Advertisement

Mengulas lanjut Abrary menyatakan bahawa kerajaan perlu menyemak semula perkara tersebut serta menstrukturkan semula harga air berkenaan.

[BACA: Cara Bayar Zakat Online Johor 2020]

Katanya, keadaan ini tidak patut terjadi kerana rakyat terbeban dalam keadaan yang sukar lebih-lebih lagi berdepan PKP.

Advertisement

“Sekiranya perkara ini masih berterusan atau dibiarkan, ternyata kerajaan memang berlaku zalim kepada rakyat di negeri ini.

“Pemegang konsesi air Johor, Ranhill SAJ juga perlu menyemak semula caj penggunaan air kepada pengguna.

“Kita tidak mahu berlaku sebarang penindasan dan caj tersembunyi serta kesilapan dalam bil air yang dikemukakan kepada rakyat Johor.

Advertisement

“Rakyat hari ini dalam kesusahan, justeru langkah keprihatinan kepada rakyat perlu diusahakan dengan bersungguh agar mereka tidak menjadi korban dari apa yang berlaku hari ini,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top