BM | EN | 中文

Rakyat Johor masih menunggu pelan penyelesaian ekonomi kerajaan negeri pasca Covid-19

Dr-Sulaiman-Mohd-Nor.png
Advertisement

SEGAMAT, 3 JUN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor berkata, rakyat Johor masih menunggu pelan penyelesaian konkrit kerajaan negeri berdepan kemelut ekonomi yang dijangka berlaku pasca Covid-19

Katanya ini kerana keadaan akan lebih mencabar lebih-lebih ketika negara bakal menghadapi kemelesetan ekonomi.

“Apa usaha kerajaan negeri bagi menyediakan masyarakat, samada melalui latihan serta persediaan lain bagi menghadapi kelaziman baru yang bakal ditempuh?

Advertisement

“Kerajaan negeri sendiri perlu lebih proaktif tanpa menunggu inisiatif dari kerajaan pusat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut mempersoalkan sama ada kerajaan negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) mampu mengekalkan prestasi baik pembangunan ekonomi yang telah dibuat kerajaan Pakatan Harapan (PH) Johor sebelum ini.

Justeru antara cadangan dikemukakan beliau kepada kerajaan negeri ialah dengan memangkin transformasi digital melalui polisi dan strategi pelaksanaan jangka pendek dan panjang.

Advertisement

Dr Sulaiman turut memetik Laporan Kedudukan Saingan Digital Dunia IMD 2019 (IMD World Digital Competetiveness Ranking 2019), bahawa Malaysia berada pada tangga ke 26 dari 63 negara, dengan skor 82.39 peratus.

“Kajian IMD bertujuan mengukur kemampuan dan kesediaan 63 negara menerima dan meneroka teknologi digital sebagai pemangkin utama menganjak ekonomi dalam perniagaan, kerajaan dan masyarakat umum.

“Faktor paling lemah negara kita adalah kesediaan memanfaatkan teknologi untuk masa depan. Ini disebabkan sikap lemah kita untuk mengadaptasi teknologi maklumat.

Advertisement

“Kerajaan negeri perlu meningkatkan budaya baru di semua agensi negeri serta menyebarluas budaya kerja kepada semua jentera pentadbiran dan pengurusan negeri Johor.

“Penanda aras tepat perlu dibuat dengan sasaran realistik untuk mencapai penggunaan digital secara meluas, justeru meningkatkan aras perkhidmatan pada rakyat.

“Kerajaan negeri perlu melabur, menaiktaraf kemahiran, budaya kerja (upskilling) dan menganjak kemahiran sedia ada (reskill), khususnya kakitangan awam negeri dan rakyat secara umum serta meningkatkan infrastruktur digital agar kelaziman baru dapat dilaksana dengan baik,” katanya.

Advertisement

Beliau yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, bukan mudah mengubah minda orang ramai untuk menyesuaikan diri dalam norma baru.

Namun katanya sebagai kerajaan, usaha mendidik dan memberi kesedaran perlu diteruskan bagi memastikan anjakan masyarakat ke arah  yang lebih baik.

“Kesan mengangkat teknologi digital oleh semua pihak secara serius hanya dapat dinikmati setelah usaha ini berjalan lebih dari satu tempoh yang lama.

Advertisement

“Kita seharusnya belajar dari negara jiran kita iaitu Singapura yang kini menduduki tempat kedua, di belakang Amerika Syarikat dalam Kedudukan Saingan Digital Dunia IMD 2019.

“Oleh itu, kerajaan negeri perlu serius melihat keperluan segera isu upskill dan reskill, mengadaptasi teknologi digital dan teknologi berkaitan demi masa depan Bangsa Johor,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top