BM | EN | 中文

Rakyat Johor disaran asingkan sisa di punca dan amal kitar semula

asingkan-srwm-kitar-semula.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 APR: Rakyat Johor dan pemilik kediaman di Johor digalakkan untuk mengamalkan kaedah Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca (PSDP) bagi memudahkan kutipan sampah.

SWM Environment Sdn Bhd, pengendali sisa di negeri Johor turut menggalakkan orang ramai untuk memanfaatkan perkhidmatan ‘Kutipan +1’ yang merangkumi kutipan sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula sebanyak sekali seminggu.

Dalam kenyataanya SWM Environment berkata ia juga sebagai persediaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak.

Advertisement

“Saranan ini adalah selari dengan unjuran peningkatan janaan sisa pepejal khususnya di kawasan perumahan sepanjang bulan Ramadan bagi membuat persediaan menyambut perayaan Aidilfitri,” kata Mohd Zan Arris, Pengurus Wilayah Johor.

Beliau turut memaklumkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam oleh pihak SWM Environment di 15 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, SWM Environment juga sentiasa bersedia meneruskan pelaksanaan operasi sanitasi awam Covid-19 yang diselaraskan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dengan PBT dan SWCorp Johor.

Advertisement

Justeru itu, beliau memohon kerjasama orang ramai untuk terus mematuhi semua arahan kerajaan dan pihak berkuasa semasa dalam tempoh PKP serta mengamalkan tatacara pengurusan sisa pepejal di rumah dengan betul untuk mengelakkan penularan pandemik Covid-19.

Sementara itu orang ramai dinasihatkan merujuk kepada Jadual Perkhidmatan di laluan keluar dan masuk kawasan perumahan masing-masing sebagai panduan menguruskan sisa pepejal selain menyalurkan sebarang pertanyaan melalui Talian WhatsApp SWM di 012 618 0082 atau Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472, atau e-mel: swmresponz@swmsb.com.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top