BM | EN | 中文

“Rakyat Johor dan orang Muar dapat lihat siapa Syed Saddiq yang sebenarnya” – Exco Johor

onn-hafiz-ss.png
Advertisement

KLUANG, 18 JAN: Ribuan sukarelawan dan puluhan NGO dari setiap pelusuk Johor dan negara turun membantu mangsa banjir, namun hanya ahli parlimen Muar, Syed Saddiq yang mahu merosak dan memburukkan imej kerajaan Johor.

Adun Layang-Layang, Onn Hafiz berkata, Syed Saddiq perlu berhenti bersandiwara semata-mata hendak menutup kelemahannya sendiri.

“Yang terperdaya mungkin orang luar yang tidak tahu situasi dan keadaan sebenar.

Advertisement

“Orang Muar dan Johor arif sangat dengan realiti sebenar dan mereka sesungguhnya tak sempat pun nak tengok drama kerana banyak lagi kerja lain yang perlu dilaksanakan,” kata Onn dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Syed Sadduq yang mempersoalkan mengapa kerajaan negeri takut untuk membenarkan parti MUDA membantu rakyat.

“Kerajaan negeri tidak takut, malah kami sangat mengalu-alukan semua pihak yang ingin menghulurkan bantuan. Sebab itu ribuan sukarelawan dibenarkan untuk membantu di Johor semenjak 1 Januari lagi.

Advertisement

“Sebagai seorang pemimpin utama Parti Politik MUDA, saya pasti YB juga maklum bahawa dua permohonan pihak MUDA di Segamat telah diluluskan.

“Namun begitu, ada satu insiden di mana kelulusan telah diberikan namun MUDA tidak pula muncul

“Ini YB tak buat video. Saya harap YB akan berkongsi tentang kelulusan tersebut dalam video dramatis yang seterusnya,” kata Onn.

Advertisement

Ujar Exco Belia dan Sukan itu lagi, dalam mematuhi SOP di mana sebahagiannya melibatkan proses untuk mendapatkan kelulusan dan persetujuan, sesuatu permohonan atau permintaan itu diluluskan dan kadangkala tidak diluluskan oleh Pejabat Daerah.

“YB (Syed Saddiq) boleh menghubungi atau berjumpa dengan Pegawai Daerah atau Pejabat Daerah Muar bagi membincangkan hal ini .

“DO kawasan YB sendiri, pastinya ada hubungan yang baik dengan beliau atau pergi berjumpa dengan

Advertisement

“Bukannya YB tidak kenal pegawai-pegawai di pejabat daerah Muar. Jadi tidak perlulah buat drama untuk mendapat perhatian.

“Sebab saya bimbang, mereka semua sibuk menangani segala permasalahan banjir dan tak sempat nak menonton drama YB di sosial media pun,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top