BM | EN | 中文

Rakyat di Pengerang jangan panik kekal duduk di rumah

IMG-20200424-WA0000.jpg

Datuk Seri Azalina Othman Said

Advertisement

KOTA TINGGI, 24 APRIL : Rakyat di Pengerang diminta tidak panik susulan pengumuman Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan wujudnya kluster Covid-19 di kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, seperti dimaklumkan ia kes lama (1508) bermula di Pengerang pada pertengahan Mac dan telah mengakibatkan sehingga 15 orang positif COVID-19 yang terdiri 10 rakan sekerja serta 5 ahli keluarga.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana telah berjaya menjejaki kluster tersebut dan difahamkan 8 orang daripadanya telah sembuh dan 7 orang masih dirawat.

Advertisement

“Bagaimanapun saya dimaklumkan, bahawa kes itu bukan berasal daripada orang tempatan (Pengerang), ia melibatkan kakitangan di sebuah syarikat swasta yang berpusat di Pengerang.

“Sehubungan itu, saya berharap syarikat-syarikat swasta yang beroperasi di Pengerang untuk sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan dan sentiasa berpegang kepada kebertanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling agar wabak ini tidak terus menular dalam kalangan penduduk setempat.

“Oleh itu, saya berharap masyakat pengerang tidak panik dan terus mengambil langkah berjaga-jaga, sekiranya terdapat gejala simptom berkaitan Covid-19 teruslah mendapatkan rawatan di klinik hospital berhampiran,”katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Advertisement

Tambahnya, penduduk diminta mengikut saranan pihak KKM agar kekal #dudukdirumah dan tiada aktiviti kunjung mengunjung dilakukan agar rantaian wabak penyakit ini dapat diputuskan.

Jelasnya, sentiasalah patuh arahan Kerajaan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih belum tamat.

“Selaku Ahli Parlimen, saya sentiasa memantau dekat isu-isu berkaitan di Pengerang, justeru saya berharap semua masyarakat Pengerang agar  tidak menyebarkan berita tidak sahih atau tidak tepat bagi mengelakkan situasi panik kepada orang ramai. ”

Advertisement

Saya berdoa agar kita semua dilindungi ALLAH SWT, dan wabak pandemik Covid-19 ini hilang dibumi Malaysia,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top