BM | EN | 中文

Rakyat di kawasan pembangkang perlu dibantu, bukan disabotaj

sharon.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 FEB: Peruntukan RM 100,000 kepada ahli parlimen pembangkang tidak mencukupi bagi membantu rakyat di kawasan parlimen mereka..

Pegawai ahli parlimen Pulai, Sharon Teoh berkata jumlah peruntukan itu menggambarkan kerajaan seolah cuba untuk mensabotaj ahli parlimen pembangkang

Katanya, peruntukan itu sepatutnya diberikan mengikut keperluan semasa dan keadaan rakyat hari ini yang memerlukan bantuan.

Advertisement

“Semakin ramai yang terdesak hari ini dan memerlukan bantuan. Bagaimana bantuan boleh diberikan sekiranya peruntukan hanya RM 100,000 setahun.

“Tidak sepatutnya kerajaan menyekat peruntukan tersebut. Ia bukan untuk ahli parlimen, ia untuk kegunaan rakyat.

“Kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menambah peruntukan ini,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Sharon memaklumkan parlimen Pulai antara kawasan yang mencabar, dan jumlah itu tidak mencukupi untuk membantu golongan miskin bandar yang semakin meningkat.

“Miskin bandar di Johor Bahru ini memerlukan keprihatinan khusus. Peruntukan yang terhad ini akan membantutkan proses bantuan.

“Adakah kerajaan mahu sabotaj ahli parlimen pembangkang? Ini bukan masanya untuk berpolitik kerana rakyat amat memerlukan bantuan dari pemimpin setempat,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top