BM | EN | 中文

Rakyat dan negara jadi mangsa pengkhianatan

Putrajaya.jpg

Gambar Hiasan (Gambar Ehsan packist.com)

Advertisement

SEGAMAT, 12 MEI: Rakyat dan negara menjadi mangsa bukan hanya disebabkan musibah Covid-19, tapi kerakusan kuasa pihak yang mengkhianati mandat rakyat.

Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor

Hal itu disuarakan oleh Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor yang berkata usaha membantu rakyat terbantut akibat percaturan politik pihak berkepentingan.

Sebaliknya beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan Johor yang berjaya menunaikan janji Manifesto 100 hari PRU ke-14 dalam tempoh ditetapkan dan berada pada landasan betul untuk menunaikan janji tersebut dalam lima tahun.

Advertisement

“Prestasi ekonomi Johor ketika dalam pemerintahan kerajaan PH amat baik dengan lebihan RM68 juta bagi akaun kewangan berakhir 31 Disember dengan nilai pelaburan asing yang berjaya dibawa masuk bernilai lebih RM24 bilion sejak PRU ke-14.

“Ini jauh lebih tinggi dari negeri Selangor yang punyai nilai pelaburan asing sebanyak RM19 bilion. Ini adalah lebih empat kali (ganda) berbanding pelaburan tahun 2017 negeri Johor, yang hanya bernilai RM5.1 bilion.

“Malangnya, segala usaha membangun negeri Johor terbantut dengan pengkhianatan terhadap mandat rakyat, yang inginkan kerajaan yang berintegriti dan mampu membawa Bangsa Johor ke arah yang lebih cemerlang,” katanya.

Advertisement

Sementara itu Adun Perling, Cheo Yee How berkata apa yang berlaku hari ini kesan pengkhianatan yang dilakukan di peringkat tertinggi.

Adun Perling, Cheo Yee How

Katanya, sebelum ini rakyat telah menunjukkan sikap dengan menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) namun apa yang dihajati rakyat tidak terlaksana apabila pengkhianatan berlaku.

“Kita harus memikirkan cabaran mendatang terhadap rakyat, bukan soal mencatur kuasa serta memberikan jawatan kepada pihak tertentu agar dapat menstabilkan kedudukan politik masing-masing.

Advertisement

“Sebelum ini ketika kerajaan PH memerintah, kestabilan berlaku dan fokus kepada rakyat mampu dilakukan seperti yang berlaku sebelum ini.

“Rakyat mahu melihat apa yang dipilih mereka pada PRU 14 memberi perkhidmatan kepada mereka. Sekiranya PH tidak betul ia harus ditegur, bukan mengadakan jalan mengucar-ngacirkan pentadbiran.

“Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat kerana perkhidmatan yang sepatutnya diterima tidak dapat disempurnakan dengan baik,” tambahnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top