BM | EN | 中文

Rakyat dahaga maklumat, kehadiran memberangsangkan di program Amanah di Simpang Renggam

Amanah-Simpang-Renggam-PH-Johor.jpg
Advertisement

KLUANG, 11 OGOS: Meskipun dengan syarat pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP dan kehadiran yang perlu dihadkan, masih ramai penduduk di Simpang Renggam hadir bagi mengikuti program penerangan yang dianjurkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan melahirkan rasa sukacita apabila program yang dianjurkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan dengan pembabitan pelbagai masyarakat di kalangan pelbagai kaum.

“Alhamdulillah sambutan begitu baik. Sebenarnya disebabkan SOP untuk PKPP membuatkan kita sedikit terhalang untuk menganjurkan program-program seperti ini.

Advertisement

“Tapi saya nampak rakyat dahagakan maklumat daripada kepimpinan di peringkat atasan.

“Kita dapat melihat kemeriahan dan Insya Allah ini adalah tanda-tanda sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) tidak berubah dan meningkat.

“Kita akan menyusun untuk meneruskan program seperti ini mengikut SOP agar penerangan kepada rakyat itu sampai.

Advertisement

“Pada waktu yang sama rakyat boleh membuat penilaian keberkesanan kerajaan zaman PH dan apa yang telah dilakukan dalam tempoh 22 bulan pentadbiran sebelum ini,” ujarnya ketika ditemui.

Aminolhuda yang juga Adun Parit Yaani berkata, tiba masa untuk rakyat membuat perbandingan di antara zaman PH dan pemerintahan waktu ini.

Menyentuh soal ekonomi yang semakin mencengkam pasca Covid-19, Aminolhuda berkata, isu kehilangan kerja dan masalah ekonomi antara isu yang akan sering dibangkitkan PH.

Advertisement

“Dalam hal ini saya yakin dan percaya rakyat mahukan maklumat dari kepimpinan PH dan parti Amanah itu sendiri kerana sebelum ini kita adalah sebahagian daripada kerajaan.

“Kita akan teruskan untuk memberi penerangan dalam usaha mereka mendapatkan maklumat yang terkini.

“Apa yang kita usahakan ini adalah sebahagian dari gerak kerja selain mendengar keluhan serta mengangkat suara mereka ke peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya lagi.

Advertisement

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada PH Simpang Renggam yang mengadakan program bersama rakyat seperti itu dan turut mengucapkan tahniah di atas sambutan yang baik dari penduduk di kawasan Simpang Renggam.

Hadir sama dalam program ialah Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong serta pimpinan PH Simpang Renggam dan Amanah Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top