BM | EN | 中文

Rakyat bertanggungjawab memastikan perpaduan terus kekal

DSC_6940-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 JAN: Masyarakat negeri ini mempunyai tanggungjawab untuk menyuburkan perasaan kasih dan sayang antara kaum bagi memastikan perpaduan yang dinikmati terus berkekalan.

Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, konsep ‘Muafakat Itu Berkat’ perlu dijunjung bersama semua pihak.

“Sebagai rakyat Johor, semangat kerjasama, hormat menghormati dan toleransi perlu digenggam erat demi melihat negeri ini terus makmur dan maju.

Advertisement

“Justeru, adalah penting untuk menggenggam erat konsep ‘Muafakat Itu Berkat’ agar tidak wujud perasaan negatif yang boleh merosakkan keharmonian dan perpaduan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membaca teks ucapan Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal selaku wakil rasmi pada Majlis Mesra dan Muhibah Tahun Baharu Cina di Wisma Tionghua, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Persekutuan Tionghua Johor Bahru, Ho Sow Tong.

Advertisement

Cai Tung kemudian turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM100,000 kepada persekutuan tersebut untuk pelbagai aktiviti yang dianjurkan mereka.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top