BM | EN | 中文

Rakaman audio arah politikkan bantuan peneroka Felda tular

Ridhuan-Esa.jpg

Ridhuan Esa

Advertisement

KOTA TINGGI, 22 APR: Rakaman audio perbualan berdurasi 2 minit 45 saat antara dua individu dengan kandungan arahan politik berkenaan bantuan oleh FGV kepada peneroka Felda telah tular.

Menurut Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Tenggara, Ridhuan Esa beliau berkata, jelas penama VIP telah disebut dalam rakaman berkenaan.

Katanya, VIP tersebut seolah memberi arahan untuk keutamaan bantuan yang akan diedarkan kepada senarai yang telah diberikan dan ia telah tersebar di beberapa laman Facebook peneroka.

Advertisement

“Jelas ia menyebut pengurusan Felda, FGV serta penglibatan Menteri, Ketua Menteri sebuah negeri dan Wakil Rakyat atau Adun dalam rakaman berkenaan.

“Dalam keadaan bencana sebegini, tidak sepatutnya pengagihan bantuan dipolitikkan serta dikawal atas kuasa penjawatan tertentu.

“Warga Felda terutama generasi yang tinggal di Rancangan menerima kesan yang besar kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mereka memerlukan bantuan berterusan sehingga PKP ini berkahir,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Beliau yang juga generasi kedua Felda berkata audio perbualan itu telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap pengurusan serta matlamat bantuan itu disalurkan.

Tambahnya lagi, perkara ini perlu diambil tindakan segera berikutan keadaan peneroka yang memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan seharian mereka.

“Perkara ini perlu disiasat oleh pihak berkuasa kerana ia dilihat seolah ada campur tangan pihak ketiga serta penyalah gunaan kuasa dalam pengagihan bantuan oleh syarikat berkaitan kerajaan,” katanya lagi.

Advertisement

Menurut beliau, sebelum ini FGV telah mengagihkan 13,000 bantuan dan hanya melibatkan peneroka di negeri Terengganu melalui Adun dan Ahli Parlimen.

“Ia dilihat seperti agihan bantuan dipolitikkan pada wakil rakyat dan bantuan kepada setiap negeri sepatutnya diagih oleh Felda sebagai agensi yang bertanggungjawab,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top