BM | EN | 中文

Raja Zarith Sofiah dan Che Puan Khaleeda tunai solat sunat gerhana matahari

raja-zarith-1.jpg

Raja Zarith Sofiah berkenan menyaksikan Gerhana Matahari Anulus

Advertisement

PONTIAN, 27 DIS : Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan isteri Pemangku Raja Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam berangkat ke Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadut, Serkat, di sini bagi menunaikan solat sunat gerhana matahari semalam.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan Doa Selamat serta Solat Hajat, manakala taklimat mengenai Gerhana Matahari Analus (Cincin) disampaikan oleh Penasihat Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Datuk Noh Gadut.

Jemaah kemudian menunaikan Solat Sunat Gerhana Matahari dan khutbah disampaikan oleh Imam Besar Negeri Johor, Makhadzir Abdan.

Advertisement

Sebelum berangkat pulang, Permaisuri serta Che’ Puan Khaleeda berkenan menyaksikan fenomena gerhana matahari menggunakan teleskop di perkarangan masjid.

Gerhana Matahari Anulus berlaku apabila bulan bergerak tepat hadapan matahari. Disebabkan kedudukan bulan berada jauh sedikit daripada bumi dan saiz yang sedikit kecil, ia tidak dapat menutupi keseluruhan bentuk piring matahari..

JohorKini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top