BM | EN | 中文

Raja-Raja Melayu: Tiada keperluan lanjutkan darurat lepas 1 Ogos

istana-negara.png

Gambar Ehsan Bernama

Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Raja-raja Melayu sependapat bahawa tiada keperluan meneruskan darurat selepas 1 Ogos.

Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan dikeluarkan selepas Raja-Raja Melayu menghadiri perbincangan khas di Istana Negara petang tadi.

Menurut kenyataan itu, setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi kerajaan, rnaka Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Advertisement

“Tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos 2021.

“Raja-Raja Pemerintah berpendirian pentingnya dihorrnati rnekanisme semak dan imbang antara cabang eksekutif. cabang legislatif dan cabang kehakirnan untuk menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab (accountable) kepada rakyat terutama dalam hal-ehwal kewangan dan perbelanjaan negara,” menurut kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Raja-Raja Melayu juga sependapat dalam perkara-perkara berikut:

Advertisement

(i) Nyawa clan kehidupan rakyat wajib diutamakan rnengatasi perkara-perkara lain.

(ii) Program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi agar mencapai matlarnat imuniti kelompok 80% secepat mungkin.

(iii) Program menangani wabak Covid-19, hendaklah difahami sena mendapat sokongan rakyat tanpa menirnbulkan sebarang keraguan dan lanpa dianggap mempunyai sebarang muslihat politik yang terselindung.

Advertisement

(iv) Kaedah menangani wabak Covid-19 hendaklah bersifat inklusif, melibatkan pelbagai pihak berkepentingan datam semangat yang sedia mendengar, sedia mempelajari, sedia melakukan pengubahsuaian, sedia metakukan penambahbaikan dan sedia melakukan penerokaan baharu hingga berjaya meyakinkan dan berjaya mendapat kerjasama penuh rakyat pelbagai peringkal.

(v) Suhu politik yang semakin panas wajib diredakan.

(vi) Pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta mendapat sokongan majoriti rakyat.

Advertisement

(vii) Tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos 2021.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top