BM | EN | 中文

Raja-Raja Melayu bersidang esok

agong.png
Advertisement

KUALA LUMPUR 27 FEB: Raja-raja Melayu akan bersidang bersama dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum solat Jumaat, esok.

Baginda telah berjumpa dengan semua ahli parlimen dan beberapa pemimpin parti politik, Selasa lalu.

Hari ini, baginda berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Interim, Dr Mahathir Mohamad susulan kemelut penjajaran semula kuasa politik negara yang bermula dengan cubaan mengalih kuasa yang gagal pada Ahad lalu.

Advertisement

Terdahulu, portal akhbar tempatan melaporkan seorang jurucakap Istana Negara memberitahu, bahawa mesyuarat itu belum disahkan.

Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) terbubar Isnin lalu berikutan pengunduran Bersatu dari PH dan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Lanjutan itu, Dr Mahathir menjemput semua ahli parlimen untuk bersamanya membentuk sebuah kerajaan perpaduan yang tidak terikat dengan tekanan daripada sebarang parti politik.

Advertisement

Walaubagaimanapun, PKR, DAP dan Amanah berikrar bersama sebagai PH dan menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri mereka serta mengulangi komitmen mereka untuk menunaikan janji-janji yang dibuat dalam manifesto PRU-14.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top