BM | EN | 中文

Raja-raja Melayu berpendirian Dewan Undangan Negeri boleh bersidang

kota-iskandar-bangunan-dun-johor.png

Gambar Ehsan Flickr / Mie Abdullah

Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Raja-raja Melayu berpendirian agar Dewan-dewan Undangan Negeri dibolehkan bersidang secepat mungkin, menurut kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Perkara itu merupakan antara yang disebut Baginda-baginda Raja Melayu dalam satu kenyataan dikeluarkan selepas Raja-Raja Melayu menghadiri perbincangan khas di Istana Negara petang tadi.

“Di peringkat negeri, Raja-Raja Pemerintah turut berpendirian agar Dewan-dewan Undangan Negeri dibolehkan bersidang secepat rnungkin.

Advertisement

“Kaedah dan prosedur persidangan seperti yang sedang diamalkan di beberapa buah negara yang terbukti dapat mengawal rangkaian jangkitan virus Covid-19, wajarlah diperkenalkan dan diterima pakai di negara ini.

“Adalah menjadi kewajipan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah di negeri-negeri, untuk mengimbangkan pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan menghindarkan kernungkinan sebenar ataupun tanggapan berlakunya sebarang penyalahgunaan kuasa.

“Raja-Raja Melayu turut rnenegaskan pentingnya prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen diterjemahkan rnelalui budaya pemerintahan yang pada setiap masa meluhurkan Perlembagaan Negara dan mendaulatkan undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Terdahulu, Raja-raja Melayu sependapat bahawa tiada keperluan meneruskan darurat selepas 1 Ogos.

“Tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos 2021.

“Raja-Raja Pemerintah berpendirian pentingnya dihormati mekanisme semak dan imbang antara cabang eksekutif, cabang legislatif dan cabang kehakiman untuk menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat terutama dalam hal-ehwal kewangan dan perbelanjaan negara

Advertisement

“Dalam semangat tersebut Raja-raja Pemerintah menyokong dan senada dengan pendirian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar parlimen segera bersidang,” menurut kenyataan itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top