BM | EN | 中文

Qatar tuan rumah pentas akhir kejohanan Liga Juara Asia 2020

AFC-2020.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberikan hak kepada Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) untuk menjadi tuan rumah pentas akhir Liga Juara-Juara AFC tahun ini, yang dijadualkan pada 19 Dis di Doha, Qatar.

Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kemampuan QFA untuk memenuhi semua keperluan sebagai tuan rumah seperti penggunaan teknikal Video Bantuan Pengadil (VAR) dan tanggungjawab komersial selain dapat memenuhi infrastruktur perubatan sebagai tuan rumah bagi perlawanan pentas akhir perlawanan kelab-kelab terkemuka bola sepak dari Asia.

Baru-baru ini, Doha, Qatar berjaya menganjurkan Liga Juara-Juara AFC 2020 (Zon Barat) bermula dari peringkat kumpulan hingga perlawanan separuh akhir pada 14 Sept hingga 3 Okt lepas.

Advertisement

.”Yang pasti, keputusan pemilihan lokasi perlawanan akhir tahun ini menjadi semakin kompleks disebabkan penularan pandemik COVID-19, lebih-lebih lagi dengan sekatan perjalanan dan ketidaktentuan tahap kesihatan,” kata Windsor dipetik dari laman web AFC di www.the-afc.com.

“Selain sekatan yang banyak, AFC juga ingin mempertahankan prinsip penting kesukanan iaitu perlawanan yang bersih dan adil. Ini akan menjadi, satu perlawanan akhir yang akan kita pastikan tidak berlaku ketidakadilan terhadap mana-mana pasukan, sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

“Keselamatan dan kesejahteraan semua kelab yang menyertai kejohanan itu termasuk pihak berkepentingan amatlah penting 0bagi AFC. Maka, kami harus berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) dan pihak berkuasa Qatar serta kementerian negara itu yang telah mengambil langkah-langkah kesihatan yang diperlukan dan protokal perubatan yang berkesan,” tambah Windsor.

Advertisement

Berkongsi pandangan di laman web berkenaan, Setiausaha Agung QFA Mansoor Mohammed Al-Ansari yang menzahirkan kenyakinan bahawa persatuan itu berupaya menjalankan tugas dengan cemerlang setelah berjaya menganjurkan Liga Juara-Juara AFC (Zon Barat).

“Qatar ingin mengulangi komitmen kami untuk menyediakan infrastruktur sukan bertaraf dunia, kepakaran operasi dan kesihatan serta keselamatan. Kami juga berharap dapat bekerjasama dengan AFC untuk menawarkan kepada kelab-kelab terkemuka di Asia, pentas perlawanan akhir yang terbaik, Disember nanti,” tambah Mansoor.

Juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim akan meneruskan kempennya dalam Kumpulan G Liga Juara-Juara AFC (Zon Timur) pada pertengahan November.

Advertisement

Skuad Harimau Selatan itu akan menentang Guangzhou Evergrande China pada 19 Nov, pasukan Suwon Samsung Bluewings dari Korea Selatan (25 Nov), pasukan Jepun Vissel Kobe (1 Dis), sebelum menamatkan perlawanan pusingan awal mereka bagi menentang Guangzhou Evergrande pada 4 Dis.

Semua perlawanan ini akan berlangsung di Qatar.

Kini, JDT berada pada tempat kedua dalam Kumpulan G dengan tiga mata selepas dua perlawanan (satu seri dan satu kalah). Vissel Kobe kekal di tempat teratas dengan enam mata daripada dua perlawanan.

Advertisement

Setelah tamat perlawanan awal di Zon Timur, saingan akan diteruskan dengan pusingan kedua (pusingan 16) pada 6 dan 7 Dis; peringkat suku akhir (10 Dis), separuh akhir (13 Dis), diikuti dengan perlawanan akhir pada 19 Dis.

Sebelum ini, AFC telah mengumumkan bahawa kedua-dua Liga Juara-Juara Asia dan Piala AFC akan diadakan di venue berpusat dengan semua perlawanan di peringkat kumpulan untuk kedua-dua saingan tersebut akan berlangsung secara lengkap dan seterusanya peringkat kalah mati, melibatkan satu perlawanan bagi setiap pasukan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top