BM | EN | 中文

PVATTBM Johor ziarah veteran tentera tak berpencen sekitar Kluang

veteran-tentera.jpg

PVATTBM negeri Johor dalam program ziarah 'Santuni Kasih Veteran Tak Berpencen' di Kluang, hari ini

Advertisement

KLUANG, 23 JUL: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen (PVATTBM) negeri Johor hari ini membuat lawatan ziarah kasih bagi mengunjungi bekas-bekas anggota tentera tidak berpencen di daerah ini.

PVATTBM cawangan Johor dalam kenyatannya hari ini memberitahu, lawatan tersebut selain dari penyerahan bantuan. ia adalah bagi menyantuni rakan seperjuangan dan memberi khidmat nasihat berhubung peluang dalam bentuk skim bantuan yang boleh diperolehi mereka.

Program dengan kerjasama PVATTBM Kluang turut disertai Mejar Hairi, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Johor, Yang Dipertua PVATTBM Johor, Mohammad Ayub, bersama Pertubuhan Permotoran Angkatan Johor (JFB) diketuai saudara Azlan.

Advertisement

“Lawatan hari ini tertumpu kepada persiapan dokumen veteran bagi memudahkan bantuan yang akan disalurkan oleh JHEV dan PVATTBM Johor,” menurut kenyataan tersebut.

Lawatan turut diiringi konvoi motor berkuasa tinggi JFB ke rumah sahabat veteran, antaranya saudara Harun di Taman Delima Kluang,

PVATTBM Johor berkata, beliau merupakan veteran yang telah menamatkan tugas selama 13 tahun, dengan pasukan terakhirnya di 13 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD)

Advertisement

“Disebabkan penyakit tiga serangkai yang beliau hadapi, pergerakan terbatas dan akhirnya terpaksa berhenti kerja.” menurutnya lagi.

Konvoi turut menyantuni veteran PVATTBM yang lumpuh sebelah badan akibat kemalangan jalan raya di Felda Bukit Tongkat, dekat sini.

Difahamkan beliau menamatkan tugas selepas 13 tahun berkhidmat di pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Advertisement

“Pengarah JHEV turut memberi nasihat kepada keluarga supaya membuat permohonan ke JHEV peralatan sokongan bagi memberi keselesaan kepada veteran,” tambah kenyataan tersebut.

Kerajaan sebelum ini menggesa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen, untuk mendaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bagi membolehkan pelbagai bantuan disalurkan kepada mereka.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan Jun lalu berkata, sehingga kini kira-kira 70,000 veteran tentera tidak berpencen telah berdaftar dan memperoleh manfaat daripada kerajaan.

Advertisement

Katanya, melalui bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), kerajaan akan memberi sumbangan secara ‘one-off’ RM500 kepada veteran tidak berpencen.

Namun katanya, masih ada veteran tidak berpencen yang tidak berdaftar, sekali gus menyukarkan bantuan disalurkan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top