BM | EN | 中文

Putrajaya perlu permudah pembaharuan pasport rakyat Malaysia yang terperangkap di Singapura

Tan-Hong-Pin.jpg

Tan Hong Pin (Gambar Fail)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 MAC: Kerajaan digesa menyelesaikan masalah dihadapi rakyat Malaysia yang mahu memperbaharui pasport mereka di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Adun Skudai, Tan Hong Pin berkata kerumitan urusan pembaharuan pasport menyebabkan rakyat Malaysia di repubkik itu terpaksa beratur panjang, malah ada yang berada di pejabat pesuruhjaya itu sebelum waktu Subuh.

“Terdapat rakyat kita yang perlu beratur selama lima jam bagi urusan pengambilan pasport, meskipun janji temu telah dibuat secara dalam talian,” kata Hong Pin dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Media Singapura, Straits Times sebelum ini melaporkan, terdapat kanak-kanak dan warga emas yang tidak dapat memperbaharui pasport mereka secara dalam talian.

Turut  dilaporkan, hanya membenarkan setakat 30 orang rakyat Malaysia untuk hadir mendapatkan perkhidmatan pembaharuan pasport.

Hong Pin berkata, situasi itu sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan dalam kalangan mereka yang terkandas akibat penutupan sempadan sejak tahun lalu.

Advertisement

Kata Hong Pin, pejabat pesuruhjaya tidak mampu menampung beban kerja tinggi berbanding sekurang-kurangnya 500,000 orang rakyat Malaysia di Singapura.

Meskipun telah setahun melalui Perintah Kawalan Pergerakan dan penutupan sempadan antarabangsa khususnya di Malaysia-Singapura, kerajaan masih belum bersedia dan menemui penyelesaian seperti pembaharuan pasport membabitkan mereka yang terkandas di luar negara.

Justeru itu, beliau menyeru Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen mencari alternatif bagi memudahkan proses pembaharuan pasport, sekaligus memenuhi permintaan tinggi membabitkan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara.

Advertisement

“Saya juga ingin menarik perhatian pihak Kementerian Luar Negeri tentang jawatan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura yang kosong sejak 11 bulan lalu dan memerlukan perlantikan baharu segera bagi melancarkan operasi pejabat pesuruhjaya berkenaan sekaligus memudahkan urusan rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top