BM | EN | 中文

PUTRAJAYA, JOHOR KOMITED PULIHARA HUTAN SEBAGAI KHAZANAH NEGARA

gunung-panti-johor-bahru-malaysia.jpg

(Gunung Panti, Kota Tinggi: Gambar Ehsan embark.org)

PUTRAJAYA, 19 OGOS: Kerajaan negeri Johor dan Pusat bersetuju untuk memberikan komitmen bagi menambahbaik aspek pemuliharaan dan pengurusan hutan.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, komitmen tersebut turut merangkumi perlindungan terhadap hidupan yang bermastautin di dalam kawasan tersebut.

Justeru itu katanya, kementerian dan kerajaan negeri Johor bersetuju untuk menubuhkan Akaun Amanah Bagi Operasi Menyelamat Hidupan Liar Yang Terperangkap.

“Kedua-dua pihak (Pusat dan Johor) turut bersetuju dengan pengurusan hutan yang mampan, terutamanya melibatkan aspek pemuliharaan hutan simpan kekal sebagai khazanah negara,” kata Xavier.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Menteri Besar Johor, Datuk Dr Shahruddin Jamal, di kementeriannya, di sini hari ini.

Terdahulu, Bernama melaporkan Xavier sebagai berkata, persepakatan dengan kerajaan negeri Johor turut dicapai mengenai langkah menangani pencemaran sungai di kawasan Johor dan Pasir Gudang melalui pengurusan air sisa kumbahan yang lebih efisien.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top