BM | EN | 中文

Putrajaya, Johor digesa siasat pesawat tentera Singapura terbang rendah dekat Pasir Gudang, Tebrau

hassan-karim-mp-pasir-gudang.png

Gambar Ehsan Malaysia Dateline

Advertisement

PASIR GUDANG, 19 OKT: Ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menggesa Putrajaya menyiasat kehadiran pesawat tentera Singapura yang terbang rendah berdekatan kawasan Pasir Gudang dan Tebrau.

Kata Hassan, beliau menerima banyak aduan dari orang ramai dalam bulan Oktober terutamanya dari penduduk setempat di Pasir Gudang yang meliputi parlimen Tebrau dan Pasir Gudang.

“Mereka mengadu kepada saya tentang kekerapan kelihatan pesawat-pesawat tentera republik Singapura terbang rendah di ruang angkasa Pasir Gudang yang berjiran dengan Singapura.

Advertisement

“Kawasan yang terlibat seperti di Kampung Pasir Putih, Taman Scientex, Taman Air Biru dan Taman Cendana, antara lainnya,” kata Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Selaku ahli parlimen Pasir Gudang, beliau memohon kerajaan Johor dan Pusat terutama Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan menyiasat kejadian pencerobohan ruang angkasa Malaysia oleh pesawat negara asing.

“Tindakan sewajarnya perlu diambil oleh pihak kerajaan Malaysia.

Advertisement

“Kejadian pencerobohan ruang angkasa negara kita ini kelihatan kerap berlaku selepas kerajaan Pusat membangkitkan isu untuk mengkaji semula kes Pulau Batu Puteh/ Pedra Blanca,” kata Hassan lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top