BM | EN | 中文

Putih harap kerajaan Johor pelihara Gunung Pulai, jadikan ‘muzium rimba’.

67562373_2350684451706389_9167846351759736832_n.jpg
Advertisement

KULAI, 6 OGOS: Pertubuhan Unit Teknikal Integriti Hijrah (Putih) berharap kerajaan negeri Johor mempertimbangkan untuk memelihara Gunung Pulai dan menjadikannya sebagai ‘muzium rimba’.

Timbalan Pengerusinya, Nor Azimah Abdul Mutalib, 44, berkata Gunung Pulai menempatkan pelbagai artifak bersejarah era Perang Dunia ke-2 dan berpotensi menjadi tarikan pelancong.

Advertisement

“Kami mendapati Gunung Pulai sesuai dijadikan lokasi pelancongan untuk menarik pengunjung, cuma selama ini kami bergerak sendirian dengan bantuan agensi dan jabatan yang berkenaan.

“Gunung ini kaya dengan khazanah perang dunia seperti lapangan kapal terbang lama, landasan keretapi, kubu, rangka kereta kebal, gua persembunyian, empangan air, antara lainnya.

“Terlalu sayang sekiranya artifak-artifak bersejarah seperti ini terbiar begitu sahaja tanpa sebarang penyelenggaraan atau projek pembanggunan untuk tatapan khalayak,” katanya ketika ditemui Johorkini, hari ini.

Advertisement

Putih , sebuah badan bukan kerajaan, telah bergerak secara aktif dalam aktiviti pemuliharaan Gunung Pulai bersama-sama dengan agensi dan jabatan berkaitan.

Nor Azimah juga berkata peninggalan berharga ini juga boleh dimasukkan dalam silibus pelajaran kebangsaan.

“Ia boleh dijadikan tapak ilmu di mana pihak sekolah boleh mengajak murid-murid untuk mengetahui sejarah Perang Dunia yang pernah berlaku di negeri ini secara lebih dekat lagi.

Advertisement

“Selain menyediakan tapak yang sejarah, pihak kerajaan boleh membina kawasan aktiviti sukan lasak serta tapak perkhemahan untuk pengunjung.

“Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara ini sekaligus dapat membantu masyarakat mengenali sejarah dalam negeri ini,” katanya lagi.

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top