BM | EN | 中文

PUSPATRI tawar siri kursus kemahiran sepanjang Januari 2020

PUSPATRI.jpg

PUSPATRI tawar pelbagai siri kursus berasaskan teknikal dan teknologi kemahiran jangka masa pendek sepanjang Januari 2020

Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 DIS: Pusat Pembangunan Tenaga Industri Johor (PUSPATRI) menawarkan pelbagai siri kursus berasaskan teknikal dan teknologi kemahiran jangka masa pendek sepanjang Januari depan

Kursus latihan berasaskan teknikal dan teknologi ini ditawarkan kepada tenaga kerja perindustrian, lepasan sekolah dan penganggur.

Menurut akaun Facebook Johor Development Skills Centre, antara kursus yang ditawarkan sepanjang Januari 2020 ialah pendawaian bangunan, kimpal besi, asas penyelenggaraan operasi, autocad dan pelbagai lagi.

Advertisement

“Selain kursus jangka masa pendek, PUSPATRI turut mengadakan pakej khas seperti kursus dalaman dan program yang diadakan pada hujung minggu.

“Di sini, pelatih bukan sahaja dilengkapi dengan pengetahuan teknikal, tetapi juga kemahiran untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi,” menurut Facebook berkenaan.

Butiran masa, bayaran setiap siri kursus jangka masa pendek pada Januari 2020 serta kaedah pendaftaran boleh rujuk laman www.puspatri.edu.my

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top