BM | EN | 中文

Pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Tangkak ditunda

Pusingan-ketiga-Kejuaraan-Cub-Prix-Malaysia-ditunda.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 MEI: Pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2021, yang dijadualkan berlangsung di Litar Tangkak, Johor pada 22 dan 23 Mei ini ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Penganjur kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula esok hingga 7 Jun oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

“Kalendar baharu bagi musim 2021 ini akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Pihak penganjur meminta maaf kepada semua warga Cub Prix di atas kesulitan yang mungkin dialami.

Advertisement

Pada masa sama, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan kongsi serta penganjur kejuaraan di atas kerjasama dan pemahaman mereka,” menurut kenyataan itu.

Pihak penganjur turut meminta orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk sama-sama membanteras wabak COVID-19.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top