BM | EN | 中文

Pusat Warisan India tarikan baharu ke Johor Bahru

kiruppalini-1-e1578478163750.png

Kiruppalini (tengah) di hadapan bangunan Pusat Warisan India yang terdapat di Kuil Arulmigu Rajamariamman

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 JAN : Pusat Warisan India yang terletak di Kuil Arulmigu Rajamariamman, di sini, bakal menjadi tarikan baharu para pelancong ke bandaraya ini.

Presiden kuil itu, K Kiruppalini, pusat warisan itu yang dibina sejak tahun lalu dengan kos kira-kira RM1.1 juta itu kini telah hampir 90 peratus siap dan dijangka bakal beroperasi tidak lama lagi.

Katanya, pengoperasian pusat warisan itu dijangka dapat merancakkan lagi Tahun Melawat Johor 2020 dan Visit Malaysia 2020.

Advertisement

Kiruppalini (kanan) menunjukkan antara barangan sejarah yang terdapat dalam Pusat Warisan India

“Menariknya, pembinaan pusat warisan itu turut mendapat penajaaan daripada Tokoh Telekomunikasi, Tan Sri Ananda Krishnan iaitu sebanyak RM200,000.

“Bangunan pusat warisan ini terdiri daripada dua tingkat. Ia memaparkan tentang kebudayaan serta cara hidup masyarakat India serta sejarah kedatangan kami ke negeri Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media tentang perkembangan projek pusat warisan itu, di sini, hari ini.

Advertisement

Kiruppalini turut menjangkakan kewujudan pusat warisan ini dapat meningkatkan sekitar 20 hingga 30 peratus pelancong ke kuil berkenaan.

“Kuil kami turut menjadi lokasi kunjungan pelancong asing serta tempatan. Selepas ini, kita akan berkolaborasi dengan agensi pelancongan untuk memaklumkan tentang tarikan terbaharu kami.

“Jadi, kami jangka jumlah kedatangan pelancong ke kuil kami turut meningkat dengan adanya pusat warisan ini antara 20 hingga 30 peratus,” katanya lagi.

Advertisement

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top