BM | EN | 中文

PUSAT WARISAN INDIA DIJANGKA TARIK RAMAI PELANCONG KE KUIL ARULMIGU RAJAMARIAMMAN DEVASTHANAM

IMG-20191208-WA0009.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 DIS : Pembukaan pusat warisan India pada awal tahun depan dijangka akan meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong ke Kuil Arulmigu Rajamariamman, di sini.

Menurut presiden kuil itu, K Kiruppalini, pusat warisan itu yang dibina sejak tahun lalu dengan kos hampir RM1 juta itu kini telah hampir 90 peratus siap.

Kiruppalini (tengah) menyaksikan majlis penyerahan insinerator baru untuk pembakaran mayat kepada Kuil Arulmigu Rajamariamman

“Dijangka Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan merasmikan bangunan pusat berkenaan.

Advertisement

“Kita harap pembinaan pusat berkenaan  dapat merancakkan lagi jumlah pelancong ke kuil kami pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan insinerator baru untuk pembakaran mayat kepada kuil berkenaan yang bernilai kira-kira RM1 juta.

Hadir menyempurnakan majlis itu, Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, J Kartiyaini.

Advertisement

Kiruppalini berkata, kuil kami tidak hanya memfokuskan terhadap aktiviti keagamaan semata-mata, sebaliknya turut mementingkan budaya dan aktiviti sosial.

“Justeru, pembinaan pusat warisan India adalah salah satu langkah kami memperkenalkan masyarakat India serta kekayaan budaya kami kepada umum,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya turut menyokong aktiviti pelancongan di negeri ini.

Advertisement

“Kami turut menyediakan sebuah kaunter khas kepada para pelancong yang berkunjung ke kuil kami bagi mendapatkan risalah tentang tempat menarik di negeri ini,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top