BM | EN | 中文

Pusat transit gelandangan Johor dijangka siap pertengahan 2022

gelandangan-johor-bahru.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 8 SEPT: Pusat Transit Gelandangan Negeri Johor yang kini giat dibangunkan di Taman Larkin Perdana, Johor Bahru, dijangka siap pertengahan tahun 2022, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Zaiton Ismail berkata Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sedang giat membangunkan pusat itu, dengan anggaran kos sebanyak RM7.64 juta.

Buat masa ini, beliau berkata ada golongan gelandangan yang telah diselamatkan ditempatkan di Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara dan pusat perlindungan gelandangan sementara di Taman Perling.

Advertisement

“Pada ketika ini, pihak MBJB bersama dengan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan ‘Southern Volunteer’, sedang bergiat aktif melakukan kerja-kerja pemindahan peralatan keperluan serta penyelenggaraan, di pusat perlindungan sementara gelandangan yang terletak di Pusat Perlindungan Wanita, Taman Perling untuk menampung operasi menyelamat gelandangan lelaki, yang akan dilakukan dalam tempoh masa terdekat.

“Di pusat perlindungan sementara ini dijangka mampu menampung kapasiti 200 orang gelandangan lelaki,” kata beliau ketika menjawab soalan lisan pada hari kelima Persidangan DUN Johor yang ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini kelmarin.

Zaiton (BN-Sungai Balang) berkata kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terus menggalas dan bertindak menyantuni golongan gelandangan, orang papa dan kutu rayau, untuk memastikan permasalahan rakyat yang berkeperluan diuruskan sebaiknya bagi meningkatkan kesejahteraan kehidupan mereka.

Advertisement

“Pada tahun 2020, JKM telah melaksanakan gerak kega menyantuni dan menyelamat gelandangan, orang papa dan kutu rayau (melibatkan) sebanyak 132 operasi.

“Keseluruhan pengemis dan kutu rayau yang telah diselamatkan mengikut Akta 183 adalah 110 orang,” katanya.

Sementara itu, dari awal Januari sehingga Jun tahun ini, sebanyak 86 operasi menyelamat telah direkodkan melibatkan serannai 124 orang pengemis dan kutu rayau.

Advertisement

Antara tindakan-tindakan yang diambil selepas operasi penyelamatan, gelandangan ini akan diserahkan kepada waris, penempatan di institusi JKM dan pertubuhan bukan kerajaan serta turut mendapatkan pekegaan untuk golongan ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Md Othman Yusof (BN-Kukup) mengenai tindakan kerajaan negeri dalam menangani isu gelandangan, yang turut menjadi perhatian media asing kebelakangan ini.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top