BM | EN | 中文

Pusat Sokongan Sosial Setempat akan dibuka di Johor

RINA-Mohd.-Harun-kanan-semasa-meninjau-tapak-projek-PSSS-di-Kompleks-Perumahan-Kastam-Rantau-Panjang-Kelantan-hari-ini.jpeg

Gambar Ehsan Utusan Online

Advertisement

RANTAU PANJANG, 26 SEPT: Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan dibuka di Johor awal tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, selain Johor, PSSS akan turut dibuka di Selangor dan Kelantan sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain dalam masa terdekat.

Katanya, PSSS melibatkan dana sebanyak RM21 juta diwujudkan bertujuan membantu mana-mana pihak yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga serta berdepan pelbagai masalah sosial.

Advertisement

“PSSS yang dibangunkan dilengkapi dengan kemudahan unit bimbingan dan kaunseling, penempatan sementara, pusat perlindungan untuk mangsa yang memerlukan serta bantuan kebajikan.

“Peruntukan membangunkan PSSS di seluruh negara termasuk PSSS bergerak melibatkan dana RM21 juta,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian selepas meninjau tapak projek PSSS dan Penyerahan Kunci Kompleks Perumahan Kastam Rantau Panjang di sini hari ini.

Advertisement

Hadir sama, Timbalannya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff dan Pengarah Kastam Kelantan, Mohd. Rakbi Mat Saud.

Mengulas lanjut, Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, PSSS Bergerak dijangka beroperasi bulan depan merangkumi Zon Utara, Selatan, Tengah, Timur, Sarawak, Sabah dan Putrajaya.

“KPWKM berharap usaha ini dapat memberikan impak yang cukup besar kepada seluruh masyarakat pada masa hadapan.

Advertisement

“Kita juga menggunakan infrastruktur sedia ada yang boleh diubah suai sekali gus dapat mengurangkan kos dan mempercepatkan penubuhan PSSS,” katanya.

Bagi jangka masa panjang tambah beliau, pihaknya merancang menempatkan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bersama PSSS dalam satu kompleks bersepadu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top