BM | EN | 中文

Pusat Santuari Gajah di Kota Tinggi mampu jadi projek pelancongan baharu

Pusat-Santuari-Gajah-di-Kota-Tinggi-mampu-jadi-projek-pelancongan-baharu.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 OKT: Pusat Santuari Gajah (JES) di Kota Tinggi mampu menjadi produk pelancongan baharu di negeri ini serta berupaya meningkatkan kualiti habitat haiwan berkenaan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dalam hantaran menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda bertitah demikian selepas menerima menghadap Pegawai Daerah Kota Tinggi, Nazlina Jalil dan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Aminuddin Jamin di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, di sini semalam.

Aminuddin yang mempersembahkan taklimat pelaksanaan dan perkembangan penyelarasan projek berkenaan kepada baginda berkata, fasa satu pembangunan pusat santuari itu yang telah disiapkan adalah meliputi padok gajah, padang ragut. jambatan, jalan masuk utama, bangunan pentadbiran dan berek pekerja.

Advertisement

Beliau berkata pusat santuari rtu dijangka dibuka kepada orang awam selepas berakhirnya pembangunan fasa dua ialtu pada 2025 bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pelawat yang berkunjung.

Katanya pembangunan fasa dua yang bermula pada 2020 itu antaranya merangkumi aktiviti kemudahan pelawat, pemantauan pagar elektrik serta kelengkapan sistem amaran awal, pembangunan lanskap serta program bersama penduduk setempat.

Aminuddin berkata pembangunan turut mehputi kemudahan dataran pelawat, surau, kedai cenderahati, kafe, laluan siarkaki, mercu tanda, taman permainan dan wakaf.

Advertisement

Beliau berkata pusat santuari berkenaan dibina bagi memperkasakan pengurusan gajah di Johor dengan mengurangkan masalah gangguan gajah-gajah liar di kawasan pertanian serta penempatan.

Katanya, ia juga bakal menyediakan aktiviti berasaskan ekopelancongan lestari dan mampu menjana sosioekonomi penduduk setempat.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top