BM | EN | 中文

Pusat peruntuk RM40 juta naik taraf Kompleks Sultan Abu Bakar

kompleks-sultan-abu-bakar-KSAB-gelang-patah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 MAC: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM40 juta bagi menaik menaik taraf Kompleks Sultan Abu bakar (KSAB).

Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam berkata, kerja-kerja naik taraf tersebut merupakan persediaan kerajaan negeri bagi menyambut pelawat dari Singapura apabila sempadan dibuka kelak.

Menurutnya, selain itu kerja-kerja naik taraf itu juga dapat mengurangkan kesesakan di KSAB sekali gus memberi keselesaan kepada pengunjung.

Advertisement

“Peruntukan RM40 juta itu membabitkan 29 projek yang diperuntukkan untuk menaik taraf kemudahan di KSAB.

“Ia sebagai persediaan kepada kerajaan negeri untuk menerima pelawat dari Singapura apabila sempadan dibuka kelak,” katanya, lapor SH Online.

Onn Hafiz, berkata pembukaan sempadan darat Malaysia – Singapura cukup penting bagi meningkatkan sektor ekonomi dan pelancongan di negeri ini.

Advertisement

Pada 1 Mac lalu, Kerajaan Johor bercadang memperkenalkan gelembung perjalanan khas kepada penerima vaksin sebagai permulaan pembukaan sempadan darat Malaysia- Singapura selepas Program Imunisasi Covid- 19 Kebangsaan dilaksanakan di negeri ini.

Sempadan Malaysia-Singapura mula ditutup sejak 18 Mac tahun lalu apabila Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top