BM | EN | 中文

PUSAT PENYELIDIKAN INSTITUT IBNU SINA UTM DIBUKA SEMULA

ibnusina_utm-skudai-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 SEPT: Pusat Penyelidikan Institut Ibnu Sina, yang sebelum ini diarahkan tutup, dibuka semula untuk semua operasi berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Mengumumkan perkara itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam satu kenyataan berkata pembukaan pusat penyelidikan itu berikutan pembatalan Notis Larangan dan Notis Pembaikan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor (JKKP).

Menurut universiti itu, penambahbaikan yang dibuat didapati telah memenuhi kesemua keperluan yang ditetapkan oleh JKKP.

Advertisement

“UTM telah akur dengan arahan tersebut dengan membuat pelbagai usaha penambahbaikan.

“Selain itu pengawasan yang lebih teliti terhadap pengendalian bahan kimia dan pihak yang terlibat dengan aktiviti penyelidikan di makmal-makmal pusat penyelidikan tersebut juga dipertingkatkan,” kata universiti itu, di sini, semalam.

Terdahulu Bernama melaporkan, pusat penyelidikan tersebut diarahkan tutup pada bulan lepas untuk memberi ruang kepada usaha penambahbaikan seperti dikehendaki JKKP negeri.

Advertisement

“UTM amat memandang serius hal-hal yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan sentiasa bertanggungjawab menyedia, mewujud dan menyelenggara persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk seluruh warga UTM dan semua pihak yang berurusan dengan UTM,” kata universiti itu lagi.

Menurutnya, ini adalah selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top