BM | EN | 中文

Pusat pemindahan sementara SK Batu 10 Skudai ditutup sepenuhnya

PPS-SK-Batu-10-Skudai-ditutup-sepenuhnya.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 NOV: Pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10 dekat Skudai yang diletakkan dalam langkah berjaga-jaga kini ditutup sepenuhnya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Johor Bahru, dalam kenyataan hari ini, berkata berkata PPS berkenaan ditutup petang tadi berikutan cuaca cerah dan tidak berlaku air pasang.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan, dalam kenyataan, berkata seramai 38 orang daripada sembilan keluarga di Kampung Laut Batu 10 yang berada di PPS SK Batu 10, dibenarkan pulang, menjelang tengah hari tadi.

Advertisement

Bagaimanapun, PPS tersebut tidak ditutup sepenuhnya dan diletakkan dalam langkah berjaga-jaga sekiranya hujan lebat dan banjir berulang petang ini.

Turut ditutup tengah hari tadi, PPS SK Kampung Pasir, Tampoi, yang sebelum ini menempatkan 31 orang daripada sembilan keluarga dari kampung tersebut.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top