BM | EN | 中文

PUSAT PEMANTAUAN DAN ARAHAN SEBAGAI PLATFORM PERKONGSIAN DATA, SELESAIKAN ISU RAKYAT

gmbr-fail-dzulkefly-ahmad.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 NOV : Pusat Pemantauan dan Arahan Negeri Johor (Johor Observatory and Command Centre) dirancang akan dilancarkan pada suku pertama 2020, berfungsi sebagai platform perkongsian data dalam menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat secara lebih cepat dan berkesan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata sebagai permulaan, beberapa aspek kajian dan fungsi pusat tersebut telah dikenalpasti.

Katanya, ini termasuklah untuk pembangunan hartanah Johor, pengurusan trafik, pemantauan infrastruktur jalan, peluang pekerjaan, pemantauan perparitan dan saliran, pengurusan pelupusan sisa pepejal, pemantauan kualiti air dan udara, pusat aduan rakyat serta pusat pengurusan bencana negeri.

Advertisement

“Sebagai contoh, fungsi sebagai pusat pengurusan bencana negeri yang membolehkan perancangan dan penyelarasan aktiviti bantuan dijalankan diantara pegawai lapangan di kawasan bencana dengan ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

“Ini dapat membantu pihak Jawatankuasa untuk mengumpul data dan membuat keputusan yang lebih cepat dan terancang,” katanya ketika menjawab soalan Dr Faizul Amri Adnan (PH-Serom) di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Dzulkefly yang Adun Kota Iskandar berkata, kerajaan juga berhasrat untuk menjadikan Pusat Pemantauan dan Arahan Negeri Johor ini berperanan mendapatkan data secara harian daripada beberapa pasar sebagai ‘bench-mark’ perbandingan harga sebelum rakyat keluar berbelanja.

Advertisement

“Teknologi Revolusi Industri 4.0 seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet of Things (IoT) boleh digunakan dalam pusat tersebut seperti untuk menjangkakan berlakunya banjir, pergerakan lori pemungut sampah, tahap pencemaran air sungai dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, infrastruktur asas pusat ini telah pun siap dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri iaitu Digital Johor Sdn Bhd (DJSB) di pejabat operasinya di Seri Medini, di sini.

Katanya, pembangunan fasa pertama merangkumi peralatan visual serta server yang dihubungkan dengan sistem pengumpulan data DJSB dan pusat ini membantu pentadbiran negeri dalam merancang tindakan yang bersesuian dan membuat keputusan yang lebih cepat berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi.

Advertisement

“Ketika ini, pihak kerajaan negeri sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan kelulusan pemegang taruh yang berkaitan bagi tujuan perkongsian data dalam memastikan agenda pembangunan negeri dapat dirancang dan dilaksanakan mengikut keperluan yang sepatutnya berpandukan data-data yang telah dianalisa,” katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top