ISKANDAR PUTERI, 13 DIS: Pusat Pakar Kensington Green di Taman Nusa Indah di sini, kini dibuka dengan menawarkan pelbagai servis perubatan berkualiti tinggi dan pembedahan untuk para pelanggannya.
Beraspirasi untuk mengetuai pembekal penjagaan kesihatan dengan menyediakan kualiti yang komprehensif kepada populasi yang semakin berkembang di Iskandar Puteri, pusat tersebut mempunyai visi untuk menjadi destinasi pelancongan kesihatan bagi pelancong.

Eksekutif Pemasaran Pusat Pakar Kensington Green Nur Izawanah Roslan (kanan) ketika mengadakan lawatan ke salah sebuah wad di pusat tersebut di sini.
Pengarah Urusan pusat tersebut, Dr Hoo Sing Nguang berkata, pihaknya sedang berusaha untuk menjadikan pusat tersebut sama taraf dengan hospital antarabangsa.
“Ini termasuklah dengan menjadikan pusat ini sebagai pusat perubatan yang dipercayai di kalangan komuniti selain mempunyai tujuan untuk menyediakan kualiti yang terbaik untuk pesakit,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan pembukaan pusat tersebut yang turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Persatuan Perubatan Malaysia.
Sing Nguang yakin bahawa melalui fasilitinya yang maju selain ahli konsultan yang berpengalaman dan staf yang mahir dalam pelbagai bahasa, Pusat Pakar Kensington Green akan menepati kehendak pelanggan di situ.
Beliau beliau berharap pusat tersebut akan mengembangkan skop perubatannya termasuklah dengan tambahan peralatan perubatan dan menambah baik kualiti perubatannya pada masa akan datang.
Antara perkhidmatan perubatan yang ditawarkan di pusat Pakar berkenaan termasuklah Anestesiologi, Advanced Minimally Invasive Surgery, Dermatologi, Gynae Oncology, pembedahan tulang belakang, Radiologi dan lain-lain lagi.
Johorkini